Wednesday, October 20, 2010

Menuntut Ilmu Lebih Baik Daripada Mmencari Harta

Pada suatu hari, seorang penuntut berdiri di pintu seorang alim. Dia berdiri seperti tiang pagar, air mukanya menggambarkan harapan. Kedua matanya mencari-cari org alim tersebut. Setelah terpandang, dia pun berkata, "wahai tuan yg mulia."
Org alim itu berjalan mendapatkannya di muka pintu.
"Kasihanilah saya dengan apa yg Tuhan berikan kpd tuan."
Orang alim itu segera masuk ke dalam dan keluar semula dengan membawa sedikit makanan dan wang untuk diberikan kepada penuntut itu. Dengan suara lembut, dia menolaknya.
"Terima kasih tuan, bukan ini yang saya minta."
Dia bersuara lagi.
"Saya lebih memerlukan ilmu tuan daripada harta ini."
Mendengar kata-kata itu, orang alim itu tersenyum lalu mempersilakan penuntut itu masuk ke rumah. Kemudian beliau menjawab setiap pertanyaan penuntut tersebut dan memberi pula beberapa fatwa yang baik. Selepas beberapa jam berdiskusi, penuntut itu meminta diri. Dadanya lapang kerana segala kemusykilannya telah terjawab.
"Ilmu yang menunjukkan jalan yang benar itu lebih baik daripada harta yang bertimbun."

************************************************************************************
Ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu menjaga diri tuannya dan tuan menjaga harta. Semakin diamalkan, semakin bertambah ilmu kita; tetapi harta akan berkurangan jika sering digunakan.

*************************************************************************************
'ILMU ITU SEBAGAI POHON, AMAL ITU SEBAGAI BUAHNYA" - Imam Ghazali.

"BUKU-BUKU ADALAH GEDUNG PENGETAHUAN YANG BOLEH DIBAWA KE MANA-MANA" - Abraham Lincoln.

sudah berusia 100 tahun masih belajar!

GUWAHATI, INDIA: 19 Oct. 2010- seorang lelaki India yg baru menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke 100, hari ini mendaftar di sebuah universiti dan sekaligus membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk seseorang menimba ilmu. Bekas hakim, yg telah 39 tahun bersara; BHOLARAM DAS melanjutkan pelajaran di peringkat PhD utk mengkaji peranan kampung halamannya dalam perkembangan agama Hindu.
Wah, ini satu cabaran buat org2 yg tak berapa nak muda macam kita. Ada berani?