Friday, September 23, 2011

Rasulullah Itu Pemurah

suatu hari, Rasulullah pergi ke pasar dgn membawa wang sebanyak lapan dirham.  Semasa dlm perjalanan baginda terjumpa dgn seorang perempuan yg sedang menangis..Baginda pun bertanya, "kenapa kamu menangis?"

"Saya disuruh oleh ahli2 saya untuk ke pasar. Mereka memberi sebanyak dua dirham untuk membeli barang keperluan mereka.  Tiba2 duit itu hilang," jelas perempuan itu dlm sedu sedan.

Mendengar jawapan itu, Rasulullah pun memberi dua dirham kepadanya dan berlalu dari situ.

Sampai di pasar, baginda membeli baju lalu terus memakainya.  Baju itu sangat cantik.  Kemudian baginda berangkat pulang.  Di persimpangan jalan, baginda terjumpa seorang tua yg berkata," siapa yg memberi pakaian kepadaku, Allah akan memberinya pakaian ahli syurga."

Dengan segera Rasulullah menanggalkan pakaian yg baru dibeli itu dan memberikannya kpd org tua  yg tidak berpakaian itu.  Baginda berpatah balik ke pasar dan membeli sehelai pakaian lagi berharga dua dirham, lalu dipakai.  Kemudian baginda berjumpa seorang perempuan yg menangis.  Baginda bertanya lalu dijawab oleh perempuan itu,"Tuanlah ayah dan ibuku ya Rasulullah, saya ni sudah lama lari dari rumah tuan saya dan saya takut akibat buruk dari mereka."

Rasulullah menjawab,"Kembalilah kpd saudara-maramu."

Mendengar jawapan itu, perempuan itu pun berjalan pulang dgn diekori oleh Rasulullah sampai ke pintu rumah org2 Ansar.  Di dlm rumah itu semuanya perempuan.  Baginda memberi salam. Namun salam itu tidak dijawab. Mereka sengaja tidak menjawab walhal mereka tahu yg salam itu dpd Rasulullah.

Setelah tiga kali barulah mereka menjawabnya. Baginda bertanya," Adakah kamu dengar salamku?"

"Dengar, tetapi kami semua lebih suka kalau tuan hamba memberi salam yg lebih banyak kpd kami dan saudara2 kami.

"Ini saudaramu yg lari dari rumah.  Berilah balasan dan tindakan kamu itu kpdku."pinta baginda.

"Kami serahkan kpdmu ya Rasulullah.  Kami merdekakan dia kerna dia telah berjalan denganmu."

Rasulullah berkata dlm hati.  Maha besar Allah, Dia telah mengamankan org yg takut, memberi pakaian kpd org yg bogel, memerdekakan hamba.  Org yg menolong org lain nescaya Allah akan menolongnya.


**********************************************************************************

memberi itu baik, tetapi jgn melampaui batasan kerana ia membahayakan.[menyusahkan]

janganlah kamu jadikan tanganmu terikat dilehermu dan jangan hulurkan sepanjang-panjangnya [terlalu pemurah].

Firman Allah



Wednesday, September 14, 2011

kaum mana yg lebih utama

diriwayatkan dari At-Tabrani....dari Ka'ab bin Ujrah.....

kata Ka'ab: pada suatu hari kami duduk di dlm masjid...di hadapan Rasulullah...kami org2 Ansar di satu sudut, org2 Muhajirin di satu sudut, dan Bani Hashim di satu sudut yg lain....kami bertengkar dlm masalah, "siapa yg  lebih utama dan lebih kasih kpd Rasulullah?"

kami dr kaum Ansar berpendapat, kamilah yg lebih utama di sisi baginda ..kami lebih cinta kpd baginda kerana kami beriman kpdnya dan bersama-sama berjuang menentang musuh..

org2 Muhajirin pula menjawab, "kami yg berhijrah bersama2 baginda sehingga sanggup meninggalkan saudara-mara dan harta benda kami...kami sentiasa bersama2 baginda sebagaimana kamu jua....jadi, kamilah yg lebih utama dan lebih kasih kpd baginda."

Bani Hashim pula berpendapat,"Kmai ini keluarga Rasulullah...kami sentiasa bersama2 baginda di mana jua seperti juga kamu..oleh itu kamilah yg lebih utama dan lebih kasih kpd baginda.."

Rasulullah keluar dgn senyuman menemui kami semua.  Kata baginda, "Saya dengar kamu semua bertengkar tadi."

Kami semua menjawab,"Benar ya Rasulullah.."

Rasulullah membetulkan duduknya sambil bersabda,"Kamu org2 Ansar , Muhajirin dan Bani Hashim semuanya benar.  Org2 Ansar adalah saudara kami, org2 Muhajirin adalah dari kaum kami dan org2 Bani Hashim pula seketurunan dgn kami.  Jadi tiada perbezaan di antara kamu."

Mendengar ketegasan ini, kami semua reda dan gembira.


**********************************************************************************
     Hai anakku, jgnlah kamu berjln mendongak kepala dan menghentak2 kaki, kerana kamu tidak akan dpt membakar bumi dan tidak akan sama tinggi dgn gunung.

                                                                                               - Lokman  Al-Hakim -



Monday, September 12, 2011

kisah kesempurnaan pekerti Rasulullah 2

3.  Abu Yu'la meriwayatkan:
     Bahawa Abu Hurairah r.a telah bercerita, pd suatu hari ia ke pasar berama2 Rasulullah.  Di sana, Rasulullah membeli seluar, baginda membayar harga seluar itu dua dirham.  Sebagaimana maklum, di pasar itu ada tukang wang yg menimbang segala bayaran.

      "Timbanglah dan kiralah dgn jelas, mana tahu kurang," kata baginda.

      "Belum pernah kudengar perkataan serupa ini,"bisik tukang wang itu.

       "Wahai tukang wang, tidakkah kau kenal nabimu?" sampuk Abu Hurairah.

       Sebaik mendengar kata2 Abu Hurairah itu, tukang wang meletakkan neracanya dan lantas mendapatkan Rasulullah utk mengucup tangan baginda.

       "Jangan!" tegah Rasulullah.

       ' Hanya org2 lain yg berbuat demikian kpd raja mereka.  Aku bukan raja, ku hanya salah seorang lelaki daripada kamu" jelas baginda.

       Rasulullah pun mengambil seluar baginda dan berlalu dari situ.

       "Biar saya bawa seluar itu ya Raulullah," pinta Abu Hurairah.

       "Orang yg memilikinya lebih berhak membawanya melainkan kalau dia tidak berdaya, barulah boleh meminta tolong orang lain," jawab baginda dgn tegas.

*********************************************************************************

     Hai anak2ku, jagalah, janganlah engkau berdusta kerana dusta itu merosakkan agama, menghilangkan kehormatan, menjatuhkan darjat, kalau engkau berkata org tidak akan mendengar, kalau engkau berkhabar org tidak akan percaya.

                                                                                                -Lokman Al-Hakim-