Monday, September 12, 2011

kisah kesempurnaan pekerti Rasulullah 2

3.  Abu Yu'la meriwayatkan:
     Bahawa Abu Hurairah r.a telah bercerita, pd suatu hari ia ke pasar berama2 Rasulullah.  Di sana, Rasulullah membeli seluar, baginda membayar harga seluar itu dua dirham.  Sebagaimana maklum, di pasar itu ada tukang wang yg menimbang segala bayaran.

      "Timbanglah dan kiralah dgn jelas, mana tahu kurang," kata baginda.

      "Belum pernah kudengar perkataan serupa ini,"bisik tukang wang itu.

       "Wahai tukang wang, tidakkah kau kenal nabimu?" sampuk Abu Hurairah.

       Sebaik mendengar kata2 Abu Hurairah itu, tukang wang meletakkan neracanya dan lantas mendapatkan Rasulullah utk mengucup tangan baginda.

       "Jangan!" tegah Rasulullah.

       ' Hanya org2 lain yg berbuat demikian kpd raja mereka.  Aku bukan raja, ku hanya salah seorang lelaki daripada kamu" jelas baginda.

       Rasulullah pun mengambil seluar baginda dan berlalu dari situ.

       "Biar saya bawa seluar itu ya Raulullah," pinta Abu Hurairah.

       "Orang yg memilikinya lebih berhak membawanya melainkan kalau dia tidak berdaya, barulah boleh meminta tolong orang lain," jawab baginda dgn tegas.

*********************************************************************************

     Hai anak2ku, jagalah, janganlah engkau berdusta kerana dusta itu merosakkan agama, menghilangkan kehormatan, menjatuhkan darjat, kalau engkau berkata org tidak akan mendengar, kalau engkau berkhabar org tidak akan percaya.

                                                                                                -Lokman Al-Hakim-


No comments: