Monday, August 22, 2011

kisah kesempurnaan pekerti Rasulullah

1.  Kata Anas r.a.
          Saya telah menjadi khadam Rasulullah selama sepuluh tahun.  Baginda tidak pernah sekalipun berbahasa kasar atau menengking.  Baginda tidak mengata apa yg saya buat dan menegur apa yg saya tinggalkan.  Rasulullah amat memelihara budi pekerti dan tutur katanya dalam segala urusan, walaupun dgn khadamnya.

2.  Diceritakan
          pada suatu hari Rasulullah pergi musafir bersama2 sahabat2nya.  Baginda meminta para sahabatnya untuk memasak kambing.
         seorang sahabat berkata,"Ya Rasulullah, biar saya yg menyembelihnya."
         seorang sahabat lagi berkata,"Saya yg akan membuang kulitnya'"
        kemudian seorang lagi bersuara,"biar saya yg memasaknya "
         Sahut Rasulullah," saya yg akan mencari kayu apinya.

          mendengar kata2 Rasullah, para sahabat pun berkata,"tak payahlah tuan bersusah-susah.  biar kami saja yg uruskan semuanya."

         "Aku tahu," kata Rasulullah. "kamu semua boleh menyempurnakannya tetapi aku tidak mahu membezakan diriku dgn kamu semua kerana Allah membenci orang yg suka membeza2 dan mengasingkan diri."

No comments: