Wednesday, October 19, 2011

UBATI AKHLAK DENGAN AKAL DAN LEMAH LEMBUT

Pak Mat org kaya, ada byk kebun dan terkenal pula dgn budi bahasanya yg baik selain seorg yg amat bertaqwa. Pak Mat ada seorg pekerja yg membantunya menguruskan kebun.  Malangnya, pekerjanya itu Lan, seorg yg ego, tidak boleh ditegur dan mudah pula tersinggung.  Sebagai majikan, Pak Mat sering menasihati Lan supaya mengurangkan sikapnya yg kurang berakhlak itu, supaya tidak suka marah, tidak mencela dan menerima teguran org lain.  Lan membantah.  Katanya mustahil dia boleh berubah sikap kerana ia adalah sikap semulajadinya.

Sebagai seorg yg berilmu, Pak Mat tidak pernah putus asa, sebaliknya dia rasa bertanggungjawab utk mendidik pekerja yg dianggap sebagai anak itu.  Pak Mat mencari jalan utk melentur buluh yg sudah menggalah itu.

Suatu hari Pak Mat berkata,"Lan, ini sebiji permata yg mahal.  Harganya sebutir RM500.  Saya akan berikan awak RM500 kalau awak sabar dan bersikap baik hari ini."

Lan amat teruja mendengar janji Pak Mat.  Sepanjang hari itu, dia cuba mengawal kemarahan dan tidak bercakap dgn kata2 yg kotor , tidak berperangai kasar, serta tidak lagi mengutuk dan mencaci seperti biasa.  Sebaliknya tutur katanya bertukar sopan dan baik.

Sebaik sahaja tamat waktu bekerja petang itu, Pak Mat pun memberikannya RM500 sambil berkata dgn serius, "Lan, sepatutnya awak rasa malu sebab berperangai baik kerana permata dan wang ringgit.  Awak tak mampu utk menerima nasihat yg lebih berharga dpd wang ringgit, nasihat utk cintakan Allah dan taat kepada-Nya."

Lan terasa dgn kata2 pak Mat.  Dia malu dan berjanji utk mengubah sikap sehingga dia betul2 menjadi seorg yg baik budi bahasanya.

*Buatlah kebaikan kerana Allah.Janganlah kamu berbuat baik kerana harta dan wang ringgit.
*Janganlah kamu jadikan rupa yg baik itu petanda baik orgnya, kerana bukan semua yg kuning itu emas.
-Hakim-

Tuesday, October 18, 2011

HODOH ITU HINA?

Seorang ulama dtg mengadap HARUN AL-RASYID.  Mereka belum pernah bertemu sebelum itu.  Bila shj baginda menatap wajah ulama itu, baginda tercengang dan kehairanan; muka ulama itu hodoh, tubuhnya pendek dan tidak menarik langsung.

"Buruk sungguh wajah org ini," kata baginda sambil menggeleng kehairanan.

Ulama itu terkejut.

"Ya Amirul Mukminin, muka yg cantik itu bukanlah faktor yg boleh membawa seseorg ke darjat raja.  Tidakkah tuanku ingat, YUSUF ALAIHISSALAM itu terkenal sebagai seorang yg paling kacak tiada tolok bandingnya.  Tetapi baginda tidak pula bermegah2 dgn ketampanannya.  Malah dgn rasa hina baginda berkata kpd Tuhan, 'Jadikanlah aku penguasa khazanah [kekayaan negeri Mesir] kerana sesungguhnya aku ini bijak menjaga dan amat mengetshui ttg cara pentadbiran.' YUSUF tidak pernah berkata.'Sesungguhnya aku berwajah kacak.'"

Mendengar cerita itu, KHALIFAH HARUN AL-RASYID memuji kebenaran kata2 ulama tersebut.  Baginda memberinya bintang penghormatan dan semenjak hari itu, ulama tersebut menjadi org kanan kpd baginda kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya.
*******************************************