Tuesday, October 18, 2011

HODOH ITU HINA?

Seorang ulama dtg mengadap HARUN AL-RASYID.  Mereka belum pernah bertemu sebelum itu.  Bila shj baginda menatap wajah ulama itu, baginda tercengang dan kehairanan; muka ulama itu hodoh, tubuhnya pendek dan tidak menarik langsung.

"Buruk sungguh wajah org ini," kata baginda sambil menggeleng kehairanan.

Ulama itu terkejut.

"Ya Amirul Mukminin, muka yg cantik itu bukanlah faktor yg boleh membawa seseorg ke darjat raja.  Tidakkah tuanku ingat, YUSUF ALAIHISSALAM itu terkenal sebagai seorang yg paling kacak tiada tolok bandingnya.  Tetapi baginda tidak pula bermegah2 dgn ketampanannya.  Malah dgn rasa hina baginda berkata kpd Tuhan, 'Jadikanlah aku penguasa khazanah [kekayaan negeri Mesir] kerana sesungguhnya aku ini bijak menjaga dan amat mengetshui ttg cara pentadbiran.' YUSUF tidak pernah berkata.'Sesungguhnya aku berwajah kacak.'"

Mendengar cerita itu, KHALIFAH HARUN AL-RASYID memuji kebenaran kata2 ulama tersebut.  Baginda memberinya bintang penghormatan dan semenjak hari itu, ulama tersebut menjadi org kanan kpd baginda kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya.
*******************************************



No comments: