Tuesday, May 31, 2011

Perbezaan Antara Yang Berilmu Dengan Yang Jahil

Seorang guru bertanya kpd seorg murid yg senior, berbadan besar tetapi agak kurang cekap belajar.
"Siapa yg menjadikan kamu?"
Murid itu bangun dgn malas sambil menoleh ke kiri dan ke kanan seolah-olah meminta bantuan kawan-kawannya.
"Siapa yg menjadikan kamu?" guru bertanya lagi. Kali ini dgn suara yg lebih tegas.
"Ibu bapa saya!" jawab murid itu, tersengih-sengih.
Seluruh kelas mentertawakannya. Guru itu bertanya kepada murid lain pula. Murid ini bertubuh kecil dan baru mendaftar di kelas tersebut.
"Sesungguhnya Allah yg telah menjadikan saya, membentuk tubuh badan saya dengan baik dan sempurna," jawab murid itu dgn yakin.
"Apa dalilnya?" tanya guru itu lagi.
"Firman Allah yg bermaksud, sesungguhnya kami telah menjadikan manusia itu sebaik-baik bentuk kejadian," jawabnya dgn jelas dan lancar.
"Dia lebih kecil dari kamu dan kamu pula lebih awal belajar daripadanya. Kenapa kamu tidak dapat menjawab dgn baik?"tanya guru itu kpd murid pertama tadi.
"Saya sudah tua. Sebab itu saya lupa siapa yg menjadikan saya. Budak itu masih muda, tentulah dia masih ingat siapa yg menjadikannya."
Mendengar jawapan itu guru tersebut tertawa bersama-sama murid-murid lain. Sekali lagi kelas itu riuh rendah.

************************************************************************************
ORANG YG BERILMU ITU TETAP HIDUP SESUDAH MATI, WALAUPUN JASADNYA SUDAH DITELAN BUMI.

ORANG YG BERAKAL ITU BERFIKIR APABILA IA DIAM, DAN APABILA BERKATA IA BERINGAT-INGAT, APA YG DILIHAT PULA MENJADI PELAJARAN.

******************************************************************HUKAMA'*********

Monday, May 30, 2011

Kisah Si Burung

"sesiapa yg tidak sanggup menanggung penderitaan menuntut ilmu dlm sesaat, maka dialah yg akan menanggung kehinaan seumur hidupnya"

Seorang murid telah keluar meninggalkan kelasnya dan meninggalkan tugasnya. Dia amat bosan dan berasa malas untuk belajar. Masanya yg amat berharga itu, hanyalah dipenuhi dgn kerja yg sia2 dan main2. Bila dia berasa penat, dia duduk di kebun.
Sedang dia berehat sambil mengesat peluhnya, dia terdengar bunyi seekor burung. Rupa-rupanya burung itu sedang mengajar anaknya terbang. Murid itu memerhatikan tingkahlaku burung tersebut dgn penuh minat.
Ibu burung bertenggek di atas ranting yg berhampiran dgn sarangnya. Anak burung yg pertama keluar dr sarangnya. Ia terbang di hadapan ibunya menuju ke dahan yg paling hampir dan tidak berapa tinggi. Perbuatan itu diulang2 beberapi kali sehingga ia mampu terbang lebih jauh. Ibu burung bersuara menandakan ia suka dan mengingatkan anaknya supaya sentiasa berwaspada.
Anak burung yg kedua agak lemah. Ia cuba terbang dengan galakan dari ibunya. Malangnya anak burung kedua selalu terjatuh. Ia riuh berbunyi, mungkin kerana kesakitan. Dengan perasaan kasih, ibu burung memungut anaknya itu dan membawanya pulang ke sarang. Kemudian anak burung tadi mencuba lagi. Ibunya mendidik dengan penuh sabar, sehingga akhirnya anak burung itu berjaya terbang. Ia pun berkicau riang.
Melihat kelakuan burung tersebut, timbul rasa insaf di hati murid tadi.
"Kalaulah aku bersabar dalam menuntut ilmu, tentu tidak lama lagi aku akan merasai kebahagiaan seperti burung tadi."
Murid itu menyesali sikap malasnya. Dia berazam untuk belajar sehingga berjaya.

Kata IMAM AL-SHAFIE:
Hidup seseorang itu hanyalah dengan ilmu dan taqwa. Tanpa ilmu dan taqwa, seseorang itu ibarat telah mati jiwanya.
Seorang murid ARISTOTLE telah berkata," Aku tidak sabar menanggung derita menuntut ilmu."
Jawab ARISTOTLE, "Bersabarlah kamu untuk menanggung penderitaan selama-lamanya."

Monday, May 23, 2011

ILMU DENGAN AMALAN

Pada suatu ketika, ada seorang guru yg bercita-cita mahu belajar berenang. Sebagai seorang yg bijak, beliau tidak mahu bertanya orang lain apatah lagi belajar dengan org lain. Sebaliknya dia membeli dan mengumpulkan berpuluh-puluh buah buku mengenai berenang.
Pernah seorang murid bertanya kepadanya mengenai buku-buku tersebut. Guru itu mengatakan bahawa itu adalah urusannya.
Guru itu banyak menghabiskan masa membaca buku2 tersebut sehingga kadang-kadang terbawa-bawa dalam kuliahnya. Beliau mencuba berenang di atas katil dan kadang-kadang di halaman rumahnya. Beliau berlatih setiap hari sehingga beliau benar-benar yakin bahawa beliau boleh berenang di dalam air.
"Aku akan jadi juara renang" bisik guru itu, sambil menaip surat untuk diedarkan kepada semua murid dan rakan-rakan, untuk menyaksikan temasya renang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Hari yang ditunggu telah tiba. Ramai yang berkunjung ke pantai untuk menyaksikan temasya renang itu. Pada mulanya guru itu rasa sangsi, tetapi tetap memberanikan hati untuk mengharungi laut yang bergelora itu. Dengan rasa bangga, guru itu terjun ke dalam air. Malangnya, guru itu tidak dapat berenang seperti dia berenang di atas katil. Guru itu mula tenggelam timbul dan hampir lemas. Para penonton mula gelisah, lalu beberapa orang rakan dan muridnya terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya.
Beberapa orang rakan yang tahu tentang cara guru itu berlatih renang, mula berbisik sesama sendiri. Kalaulah dia berlatih di dalam air, bukan di atas katil; tentu dia berjaya menentang ombak laut.
Oleh itu, ternyata bahawa ilmu itu hanya akan berkesan jika disertai dengan amalan.

***********************************************************************************
Ilmu itu umpama pohon dan amal itu seumpama buahnya
-Imam Ghazali-

************************************************************************

Sunday, May 22, 2011

Tuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad

Ibrahim Al-Mahdi mengunjungi rumah Al-Ma'mun yang mana ketika itu Al-Ma'mun sedang berbincang dalam suatu majlis mengenai ilmu Feqah. Kehadiran Al-Mahdi disambut baik oleh mereka yang ada dlam majlis tersebut.
Kemudian, Al-Mahdi bertanya;
"Wahai bapa saudaraku, apakah yang telah kamu bincangkan ini?"
Jawab Al-Ma'mun,
"Wahai Amirulmu'minin, mereka telah bertugas kepada kita sejak kecil lagi..dan mereka ini dalam kejahilan, bolehkah mereka ini belajar lagi? Adakah elok untuk kami yang dewasa ini untuk belajar lagi?"
Al-Ma'mun menjawab dengan bijak,
"Ya, demi Allah.....adalah lebih baik tuan mati menuntut ilmu daripada tuan hidup berpuashati dengan kejahilan."
"Sehingga bila kami harus belajar?' tanya seorang daripada hadirin.
Sambil tersenyum Al-Ma'mun menjawab;
"Selagi tuan hidup, selama itulah tuan harus menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu dari sejak tuan di buaian hingga ke liang lahad."

TUNTUTLAH ILMU WALAU KE NEGERI CHINA.......Al-Hadith..