Monday, May 23, 2011

ILMU DENGAN AMALAN

Pada suatu ketika, ada seorang guru yg bercita-cita mahu belajar berenang. Sebagai seorang yg bijak, beliau tidak mahu bertanya orang lain apatah lagi belajar dengan org lain. Sebaliknya dia membeli dan mengumpulkan berpuluh-puluh buah buku mengenai berenang.
Pernah seorang murid bertanya kepadanya mengenai buku-buku tersebut. Guru itu mengatakan bahawa itu adalah urusannya.
Guru itu banyak menghabiskan masa membaca buku2 tersebut sehingga kadang-kadang terbawa-bawa dalam kuliahnya. Beliau mencuba berenang di atas katil dan kadang-kadang di halaman rumahnya. Beliau berlatih setiap hari sehingga beliau benar-benar yakin bahawa beliau boleh berenang di dalam air.
"Aku akan jadi juara renang" bisik guru itu, sambil menaip surat untuk diedarkan kepada semua murid dan rakan-rakan, untuk menyaksikan temasya renang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Hari yang ditunggu telah tiba. Ramai yang berkunjung ke pantai untuk menyaksikan temasya renang itu. Pada mulanya guru itu rasa sangsi, tetapi tetap memberanikan hati untuk mengharungi laut yang bergelora itu. Dengan rasa bangga, guru itu terjun ke dalam air. Malangnya, guru itu tidak dapat berenang seperti dia berenang di atas katil. Guru itu mula tenggelam timbul dan hampir lemas. Para penonton mula gelisah, lalu beberapa orang rakan dan muridnya terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya.
Beberapa orang rakan yang tahu tentang cara guru itu berlatih renang, mula berbisik sesama sendiri. Kalaulah dia berlatih di dalam air, bukan di atas katil; tentu dia berjaya menentang ombak laut.
Oleh itu, ternyata bahawa ilmu itu hanya akan berkesan jika disertai dengan amalan.

***********************************************************************************
Ilmu itu umpama pohon dan amal itu seumpama buahnya
-Imam Ghazali-

************************************************************************

No comments: