Monday, May 30, 2011

Kisah Si Burung

"sesiapa yg tidak sanggup menanggung penderitaan menuntut ilmu dlm sesaat, maka dialah yg akan menanggung kehinaan seumur hidupnya"

Seorang murid telah keluar meninggalkan kelasnya dan meninggalkan tugasnya. Dia amat bosan dan berasa malas untuk belajar. Masanya yg amat berharga itu, hanyalah dipenuhi dgn kerja yg sia2 dan main2. Bila dia berasa penat, dia duduk di kebun.
Sedang dia berehat sambil mengesat peluhnya, dia terdengar bunyi seekor burung. Rupa-rupanya burung itu sedang mengajar anaknya terbang. Murid itu memerhatikan tingkahlaku burung tersebut dgn penuh minat.
Ibu burung bertenggek di atas ranting yg berhampiran dgn sarangnya. Anak burung yg pertama keluar dr sarangnya. Ia terbang di hadapan ibunya menuju ke dahan yg paling hampir dan tidak berapa tinggi. Perbuatan itu diulang2 beberapi kali sehingga ia mampu terbang lebih jauh. Ibu burung bersuara menandakan ia suka dan mengingatkan anaknya supaya sentiasa berwaspada.
Anak burung yg kedua agak lemah. Ia cuba terbang dengan galakan dari ibunya. Malangnya anak burung kedua selalu terjatuh. Ia riuh berbunyi, mungkin kerana kesakitan. Dengan perasaan kasih, ibu burung memungut anaknya itu dan membawanya pulang ke sarang. Kemudian anak burung tadi mencuba lagi. Ibunya mendidik dengan penuh sabar, sehingga akhirnya anak burung itu berjaya terbang. Ia pun berkicau riang.
Melihat kelakuan burung tersebut, timbul rasa insaf di hati murid tadi.
"Kalaulah aku bersabar dalam menuntut ilmu, tentu tidak lama lagi aku akan merasai kebahagiaan seperti burung tadi."
Murid itu menyesali sikap malasnya. Dia berazam untuk belajar sehingga berjaya.

Kata IMAM AL-SHAFIE:
Hidup seseorang itu hanyalah dengan ilmu dan taqwa. Tanpa ilmu dan taqwa, seseorang itu ibarat telah mati jiwanya.
Seorang murid ARISTOTLE telah berkata," Aku tidak sabar menanggung derita menuntut ilmu."
Jawab ARISTOTLE, "Bersabarlah kamu untuk menanggung penderitaan selama-lamanya."

No comments: