Saturday, November 5, 2011

Abu Hanifah dan Lelaki Yg Buruk Akhlak

Ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar di masjid, tiba2 dtglah seorg lelaki yg mencercanya dgn berbagai2 cercaan dan kata2 yg kotor tetapi beliau tidak pun memperdulikannya, malahan terus dgn ajarannya.


 Oleh kerana org itu tidak berhenti2 mencerca  beliau, maka sahabat2 Abu Hanifah meminta belau berhenti mengajar.  Beliau bersetuju lalu bangkit dan berjalan pulang.

Walaupun begitu, lelaki itu belum berhenti mencercanya.  Lelaki itu mengekori Abu Hanifah dengan bebelannya tanpa menghiraukan org lain.

Setelah sampai ke rumah, Abu Hanifah berpaling lalu berkata, "Ini rumah saya.  Luahkan segala apa yg berbuku dihati awak sehingga puas.  Keluarkan semuanya sehingga awak benar2 berpuas hati dan tiada menaruh dendam lagi."

Mendengar kata2 yg serius itu, lelaki itu berasa malu lalu beredar dari situ tanpa berkata apa2 lagi.