Monday, July 11, 2011

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Beradab semasa kecil, akan beradablah bila besar....
Seorang pendita keluar bersama-sama anaknya, menuju ke suatu tempat yg sunyi.  Keduanya berjalan sehingga sampai ke sebatang pokok yg rendang dan indah, berbunga harum dan berbuah lebat.  Tidak jauh dari situ ada sebatang pokok yg kecil, pokok itu terumbang-ambing ditiup angin, meliuk kekiri dan kekanan, hampir2 pucuknya mencecah bumi.

Pendita berkata kpd anaknya,"Tengoklah pokok yg ditiup angin itu."

"Pergilah engkau ke sana dan tegakkan seperti asalnya."
 Anak itu pergi ke arah pokok kecil tersebut.  Ditegakkannya pokok itu dgn mudah. 

Setelah berehat di situ beberapa ketika, kedua beranak itu meneruskan pejalanan.  Sampailah mereka ke pohon jumizah [sejenis pohon yg banyak dahan yg bengkang-bengkok].

Pendita berkata, " Tengok pokok ini.  Dahannya bengkang-bengkok, daunnya halus.  Siapa yg boleh meluruskan dahannya dan mencantumkan daun2, tentu ia dipandang indah dan boleh dibuat berteduh."

Anak itu ternganga mendengar kata ayahnya.

"Pergilah betulkan dahan pokok ini seperti yg kau buat pada pokok tadi," suruh pendita itu.

Anak itu tersenyum. 

"Saya tidak berdaya utk meluruskan pokok ini kerana ia sudah terlalu besar.  Pokok ini mustahil boleh diluruskan, sekalipun dikumpulkan bebrapa org yg kuat utk berbuat demikian."

Pendita itu gembira dgn kecerdikan anaknya.

"Manusia pun begitu juga.  Kalau terdidik dgn kebaikan, membesarlah dia menjadi org yg baik.  Biasakanlah dirimu dgn adab yg baik semoga kau menjadi org yg baik apabila dewasa kelak."

Kemudian keduanya berjalan balik ke rumah.

"Mudah utk mendidik jiwa seseorang semasa kecil dan susah apabila dewasa.," pendita itu berkata dlm hati.

**********************************************************************************

BELAJAR DIWAKTU KECIL BAGAI MENGUKIR DI ATAS BATU, BELAJAR SESUDAH DEWASA LAKSANA MENGUKIR DI ATAS AIR...........






No comments: