Sunday, July 3, 2011

Raja Yang Biadab

Kisah seorang raja Inggeris iaitu King Edward 7 sewaktu kecil.  Suatu hari baginda rasa malas utk belajar.  Guru pula sering marah2 kerana sikap malasnya itu.  Raja itu mencampakkan bukunya keluar kelas lalu berdiri di hadapan jendela tanpa memperdulikan gurunya.  Puas gurunya menegur, tetapi tidak dihiraukan.

"Ambillah buku itu dan baca,"perintah guru itu.
"Saya tak mau baca!" katanya sambil menjuihkan bibir.  Mukanya masam mencuka.

"Ambil, baca cepat,." kata guru itu lagi.  Raja kecil itu bertindak kasar.  Cermin tingkap di hadapannya dipecahkan.

"Aku tidak mahu belajar lagi! Kau tidak tahukah aku akan jadi raja suatu hari nanti?" pekiknya kepada guru tersebut.

Mendengar jawapan itu, guru tadi menghantarnya pulang.  Guru itu menceritakan apa yg berlaku kepada ayahanda raja itu.  Ternyata ayahandanya tidak senang dgn perangai anaknya.  Itu bukan perangai yg baik dan mulia utk seorang bakal raja.

Melihat ayahanda yg murka, Edward tidak berani mengangkat muka.

"Bagaimana kamu akan jadi raja yg baik jika tiada adab dan pelajaran?"

Edward diam membatu.

"Turut perintah guru kamu dan belajar sehingga kamu benar2 layak utk menjadi raja!"perintah ayahandanya.

Edward mengikut gurunya kembali ke sekolah.  Sejak itu, dia menjadi pelajar yg rajin dan berjaya serta belajar utk beradab mulia.

********************************************************************************

Pengalaman dan perjalanan hidup kita itu adalah sekolah yg paling tinggi.

-Amin Al-Raihani-

Pengetahuan dan budi pekerti yg baik adalah umpama jambatan emas yg akan dilalui utk menuju kebahagiaan.
                                                                                                                                  -Napoleon Bonaparte-

No comments: