Sunday, July 10, 2011

Adab Asas Kejayaan

Seorang saudagar telah mengiklankan satu jawatan kerani utk berkhidmat dengannya.  Ramailah pmuda yg memohon jawatan tersebut.  Mereka tela ditemuduga.  Masing2 ditanya dgn bermacam2 pertanyaan utk menduga sejauh mana kecerdikan dan keperibadian mereka.  Akhirnya saudagar itu memilih seorang pemuda yg ditanya dgn dua soalan sahaja.

Pemuda-pemuda yg lain berasa pelik, lalu seorang daripadanya bertanya;

"Apakah asas pemilihan tuan terhadapnya?  Kami ditanya pelbagai soalan sedangkan dia cuma dua soalan sahaja."

"Dia telah mengelap kasutnya sebelum masuk dan meminta izin terlebih dahulu.  Dia menolak pintu dgn lembut dan senyap.  Fahamlah saya bahawa dia seorang yg bersih dan berdisipin.  Kemudian dia memberi salam pula.  Apabila ditanya, beliau menjawab dgn yakin, tegas dan penuh diplomasi. Dari situ fahamlah saya bahawa dia seorang yg berbudi bahasa."

Pemuda-pemuda lain tercengang mendengar penerangan saudagar.  Kemudian saudagar berkata lagi,

"Tadi, semasa menunggu giliran, dia sangat tenang dan tidak tergesa-gesa seperti org lain.  Sifat-sifat mulia inilah yg melayakkan dia utk memegang jawatan itu."

No comments: