Monday, July 4, 2011

Adab Ketua2

Seorang alim telah bercerita:

             Al=Ma'mun adalah seorang raja yg banyak ilmu pengetahuan.  Oleh itu ramai orang yg belajar dari baginda, termasuklah saya.  Pada suatu hari saya bermalam di rumahnya.  Jam berdetik sekali.  Suasana sekeliling sunyi sepi.  Kalau ada setitik air menitik pun akan terdengar dengan jelas.  Saya rasa ada dua orang yg belum diulit mimpi.  Saya pula pura-pura tidur. Tiba2 saya terlihat Al=Ma'mun bangun dari tidurnya dan berjalan menuju ke dapur.  Saya lihat baginda minum.  Baginda tidak mengejutkan orang suruhannya.  Kemudian baginda berjalan semula ke katilnya dengan perlahan.  Dari gerak-gerinya saya tahu, baginda tidak mahu mengganggu orang yg sedang tidur.

             Beberapa minit kemudian,  saya lihat baginda memicit kepalanya.  Mungkin baginda pening, nafasnya kasar dan sesekali merintih dan terbatuk-batuk.  Perlahan saja bunyi batuknya kerana mulutnya ditutup dengan lengan bajunya.  Fahamlah saya bahawa baginda tidak mahu batuk dan rintihannya didengari oleh orang lain yg sedang tidur.

            Menjelang fajar, baginda bangun sedangkan saya masih pura-pura tidur.  Oleh kerana melihat saya tidur, baginda bersuara; Allahu Akbar.......lalu baginda memanggil pelayan istana supaya mengejutkan saya.
Belum sempat pelayan itu masuk, saya sudah bangkit berdiri di samping baginda.

           "Wahai Amirul-mu'minin.  Patik nampak sendiri apa yg berlaku sepanjang malam tadi.  Betapa baiknya tingkahlaku tuanku.  Sekarang tahulah patik betapa bahagianya patik sekalian, menerima rahmat Tuhan; mendapat seorang raja seperti tuanku ini."

            Baginda hanya tersenyum mendengar kata-kata saya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

***********************************************************************************

sepatah perkataan kepada seorang yang berpengetahuan cukup untuk dia mengerti, tetapi kepada orang yang jahil, dianggap perkara biasa sahaja.

--Pujangga--

No comments: