Wednesday, June 29, 2011

Adab Yang Luhur dan Petunjuk Yang Baik

Al-Hassan dan Al-Hussin radiallahuanhuma adalah simbol ketinggian moral dan baik sangka.  Ini terbukti dlm satu peristiwa.

Ketika kedua-duanya berjalan-jalan di sebuah desa, mereka terpandang seorang lelaki yg sedang mengambil air sembahyang dlm keadaan yg tidak sempurna.  Lelaki itu membasuh sebahagian muka sahaja.  Dia tidak menyampaikan air ke seluruh anggota tangannya, manakala sebelah kakinya pula tidak berbasuh.

Timbullah rasa dihati mereka utk membetulkan kesalahan lelaki tersebut, tetapi lelaki itu lebih tua daripada mereka. Dikhuatiri beliau akan tersinggung dgn teguran mereka.

Hassan dan Hussin pun berfikir sejenak, mencari helah utk membetulkan kesalahan lelaki itu.  Akhirnya Hassan menghampiri lelaki tersebut sambil berkata,"Wahai saudara yg bijak, teman saya ini menganggap dia lebih pandai mengambil air sembahyang daripada saya.  Jadi, kami harap saudara dapat menyaksikan kami mengambil air sembahyang, siapakah yg lebih pandai dan lebih baik."

Kemudian kedua-duanya bergilir-gilir mengambil wudhu'.  Lelaki itu mendapati keduanya mengambil air sembahyang dgn baik dan teratur.  Sedarlah lelaki itu bahawa beliau telah melakukan kesilapan semasa mengambil wudhu'.  Lelaki itu berkata,"Terima kasih wahai saudara berdua. Aku baru sedar bahawa akulah yg tidak pandai berwudhu'.  Sekarang aku sudah tahu cara berwudhu' yg betul dgn sebab tunjuk ajar kamu berdua.  Silalah melihat aku berwudhu' sekali lagi."

********************************************************************************

Serulah ke jalan Tuhan kamu dgn hikmah dan tunjuk ajar yg baik dan berbincanglah dgn mereka dengan sesuatu yg lebih baik pula.

Monday, June 27, 2011

ADAB AL-KHULAFA' AL-RASYIDIN

Telah diriwayatkan oleh Saidina Anas radiallahu'anhu, bahawa suatu masa sedang Rasulullah s.a.w duduk di masjid dikerumuni oleh para sahabat, tiba2 datanglah Saidina Ali bin Abi Talib.  Beliau berdiri dgn hormat dan memberi salam.  Kedua matanya mencari-cari tempat duduk yg sesuai untuknya.  Rasulullah merenung wajah sahabat2 baginda, siapakah yg akan melapangkan tempatnya utk Saidina Ali?  Saidina Abu Bakar sebagai org yg beradab faham akan apa yg dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w, maka ia pun melapangkan tempat duduknya sambil berkata, "duduk di sini ya Aba Al Hassan [Ali]."

Maka Ali pun duduk di antara Rasulullah dan Abu Bakar.

Anas bercerita lagi;

"Aku lihat cahaya kegembiraan bersinar-sinar dari wajah Rasulullah dgn sebab perbuatan Abu Bakar itu."

Dengan senyuman yg manis, Abu Bakar berkata,"Hanya org yg mulia yg tahu menghormati org lain."

Sunday, June 26, 2011

Adab Para Nabi

Diriwayatkan:
Sedang Nabi Ibrahim Alaihissalam duduk bersama-sama sahabatnya di dalam suatu majlis, tiba-tiba lalu seekor babi di hadapan baginda.  Maka baginda pun bangun dan menunjuk ke arah babi itu sambil berkata,"Pergilah kamu dengan aman."

Seorang sahabat yg kehairanan bertanya,"Kenapa tuan tidak menyebut namanya, hai Nabi Allah?"

"Aku takut kalau-kalau namanya itu akan terlekat dilidahku, dan suatu masa nanti aku terlanjur pula menyebutnya kepada anak Adam.  Bila seorang itu dikatakan babi sudah tentu dia akan marah dan membenci aku."

Lihatlah bagaimana baginda telah mengajar umatnya supaya beradab dan meminta mereka jangan menyebut perkataan-perkataan yg kotor dan jijik kepada setiap orang yg berakhlak baik dan mulia.

Wednesday, June 22, 2011

Adab Lebih Besar Dari Segala-galanya

King Louis yang ke 15, raja Peranchis, keluar bersama pengasuhnya.  Ketika itu baginda masih kecil lagi.  Apabila sampai di pintu gerbang istana, seorang khadam penggilap kasut raja berada di situ.  Dia berdiri hormat sambil membuka topinya, membongkok dan memberi salam.

Mendengar ucapan salam penggilap kasut itu, pengasuh raja pun melepaskan tangan King Louis dan terus menjawab salam khadam itu.

King Louis kehairanan lalu bertanya,"Kenapa kamu menjawab salam seorang khadam yg miskin?  Bukankah kamu pengasuh dan guru saya?"

Pengasuh baginda tersenyum.

"Wahai tuanku, memang menjadi suatu amalan yg amat patik sukai, iaitu menjawab salam orang lain. Sesungguhnya khadam itu lebih beradab daripada patik kerana adab itu lebih besar daripada segala-galanya."

Monday, June 20, 2011

Kaya dan Bahagia

Ada dua saudara pergi mengembara ke suatu tempat yg jauh.  Seorang berkebun manakala seorang lagi menuju ke puncak gunung mencari emas dan permata kerana baginya emas dan permata adalah amat berharga.  Setibanya di sana, dia pun mengumpulkan emas dan memenuhkan bakulnya.  Malangnya kehidupan di atas gunung itu amat derita kerana ketiadaan makanan dan minuman.  Bekalan makanannya pun sudah habis.  Yang tinggal hanyalah daun-daun dan kulit-kulit kayu.  Oleh kerana menderita kelaparan, dia pun turun semula utk mendapatkan saudaranya yg sedang berkebun itu.

Dari jauh, dia dapat melihat keadaan kebun yg menghampar seperti permaidani.  Gandum yg ditanam menguning dan di tengah kebun pula ada sebuah pondok kecil.

Apabila bertemu, dia pun menunjukkan emas dan permata yg dibawanya tadi.

"Lihatlah, betapa berharganya harta yg aku kumpulkan ini.  Tetapi aku sangat lapar.  Bolehkah kau berikan aku sedikit makanan?"

"Oh, jangan bimbang.  Aku akan beri kau makan tetapi syaratnya, kau beri aku emas mengikut kadar roti yg kau makan, setuju?"

Dia terdiam dan berfikir.  Hatinya amat berat utk menyerahkan emas yang berharga itu.  Tetapi oleh kerana kelaparan, beliau bersetuju.  Dia makan dgn gelojoh.  Hatinya gelisah kerana emas itu tiada ditangannya lagi.

Saudaranya itu faham dgn kegelisahannya, lalu dipulangksn semula emas itu kepadanya.

"Ambillah kembali emasmu ini.  Aku hanya mahu mengajar engkau.  Kebahagiaan itu  bukan datang disebabkan engkau mengumpul harta itu.  Tetapi kebahagiaan itu lahir apabila engkau sudah benar2 bersedia utk bekerja."

"Sebaik-baik harta dan rezeki adalah dari titik peluh kita sendiri,"katanya lagi. Sejak hari itu dia tidak lagi mahu ke puncak gunung sebaliknya dia ke kebun dan membantu saudaranya meluaskan lagi ladang gandum.

********************************************************************************

Peredaran masa itu ganjil.  Ada masa kita senang dan ada masa kita susah.  Oleh itu hadapinya dengan jiwa yg tenang, berani dan dada yg lapang.

                                                                                                                                         -Imam Shafie-





Friday, June 17, 2011

Malas Bergerak Tidak Merasa

Alkisah, Bad, seorang peladang yg malas. Hobinya dan kerjanya adalah tidur. Isterinya pula yg terpaksa menanggungnya. Kebunnya yg cuma 'sebesar tapak tangan' itu dibiarkan semak.

Pada suatu hari, dlm musim panas, Bad berbaring di bawah sepohon pokok yg rendang berhampiran kebunnya. Seorang temannya berlalu dari kebun dgn membawa seguni gandum.

Temannya itu memberi salam,"Assalamualaikum, Bad!"

Malangnya salam itu tidak berjawab. Bad memang tidak menyukai kerajinan temannya itu. Pak Sam, sipeladang yg rajin itu berhenti lalu menghampiri Bad.

"Kamu marahkah Bad?"

"Apa salahnya kalau saya marahkan kamu? Kamu sengaja menunjuk-nunjuk hasil kebun kamu bukan?"balas Bad dengan nada marah.

"Rezeki kamu ada Bad, cuma kamu tidak berusaha, jadi kamu tidak merasa," jawab Pak Samt lembut.

Bad tunduk. Dia malu kepada Pak Sam. Dia berazam untuk ke kebunnya mulai esok.

************************************************************************************

Gunakanlah waktu yg memberi kesempatan untuk kita menanam budi, supaya ia menjadi simpanan bagi kita waktu kesusahan dan untuk peninggalan pada akhir nanti.

- Tariq bin Ziad -

Wednesday, June 15, 2011

Orang Yang Bijak

Seorang saudagar menyuruh anaknya merantau dan menguruskan perniagaan di tempat yg jauh. Ini bermakna dia terpaksa menempuh pelbagai kesukaran. Timbul kekhuatiran dan kecurigaan anak saudagar itu, bimbang akan keselamatannya di rantauan. Oleh kerana perintah ayahnya itu tidak boleh dibantah, anak saudagar pun menurut arahan ayahnya.

Pagi itu cuaca cerah. Sudah jauh dia berjalan tetapi belum juga sampai ke tempat yg dituju. Hatinya berdebar dan bimbang.

Apabila dia merasa letih, anak saudagar itu berhenti sebentar. Kemudian dia meninjau tempat yg sesuai utk berlindung di waktu malam nanti. Tiba2 dia ternampak seekor serigala yg sangat tua. Ia kelihatan amat letih, kelaparan dan tidak berdaya utnuk bergerak. Tidak jauh dari situ pula ada seekor harimau. Ia sedang melapah seekor binatang yg agak besar. Apabila kenyang, harimau itu beredar meninggalkan sisa makanannya di situ.

Apabila serigala melihat situasi itu, ia tidak berlengah lagi, berusaha utk berjalan utk mendapatkan sisa2 makanan harimau tadi.

Peristiwa itu memberi pengajarn kepada anak saudagar. Sedangkan serigala yg tidak berdaya itu boleh mendapat makanan, apatah lagi seorang manusia yg sihat sepertinya.

Kenudian dia membuat keputusan utk berpatah balik. Setibanya di rumah, saudagar itu kehairanan lalu bertanya tentang perniagaan yg diuruskannya.

"Saya tidak sampai ke situ. " katanya. Kemudian menceritakan ttg kesukaran yg dihadapinya.

'"Salah tindakanmu itu. Janganlah cuba menjadi serigala. Menunggu pemberian dan sisa org shj. Engkau mesti bekerja dgn lebih serius lagi. Engkau mesti berusaha dgn titik peluhmu sendiri."

Setelah mendengar berbagai nasihat dari ayahnya, anak saudagar pun memulakan kembali perjalanan dgn azam yg baru; mahu berdiri di atas kaki sendiri.

**************************************** *******************************************
Tidak ada barang yg lebih mahal daripada kemerdekaan, dan tidak ada kebahagiaan yg lebih besar selain daripada menunaikan kewajipan.

Saidina Ali

Monday, June 13, 2011

balasan org yg berbakti

Suatu masa dahulu, Fedrek, seorang raja Parsi yg sangat pemurah. Tiap2 hari baginda berjalan di kota dan desa meninjau2 keadaan rakyatnya. kebetulan pada hari itu baginda sampai ke suatu kampung dan terpandang seorang peladang yg sedang bekerja dgn riangnya, seolah-olah tidak merasa penat.

Baginda bertanya,"Aku lihat kamu terlalu riang. Kamu tidak rasa letihkah? Ini ladang kamu sendirikah?"

Jawab peladang,"Tidak tuan, ini bukan ladang saya. Saya mengambil upah bekerja di sini."

"Berapa gaji kamu sehari?"

"Sepuluh gurus [satu ringgit]"

"Gajimu terlalu sedikit. Cukupkah utk keperluan kamu?"

"Cukup tuan. Malahan lebih," jawab peladang dgn lembut dan hormat.

"Macam mana boleh lebih?"

Peladang mengesat peluhnya dan menjawab,"Empat puluh sen utk saya dan isteri saya. Dua puluh sen utk bayar hutang lama, dua puluh sen utk dipinjamkan dan lagi dua puluh sen utk sabilillah."

Baginda kehairanan dan kurang faham penerangan peladang.

Peladang itu menerangkan lagi,"Kedua ibu bapa saya yg selama ini menanggung saya dari kecil telah uzur. Jadi saya menanggung mereka sekarang seperti saya membayar hutang lama. Tiap2 hari saya beri mereka dua puluh sen. Empat puluh sen utk saya dan isteri. Dua puluh sen saya belanjakan utk anak2 seperti saya beri pinjaman, dgn harapan mereka akan membantu saya apabila saya tua. Dua puluh sen lagi utk dua adik perempuan saya yg tidak berdaya bekerja. Inilah yg saya namakan sabilillah."

Setelah mendengar penerangan lanjut dari peladang, baginda memuji-muji kebaikan peladang itu. Sebelum beredar, baginda bertanya," Pernahkan kamu melihat saya?"

"Tidak tuan."

"Kamu akan melihat saya lima puluh kali dalam masa lima minit,"kata baginda sambil tersenyum.

Giliran peladang pula kehairanan kerana kurang faham.

Baginda mengeluarkan wang lima puluh lirat [ringgit]. Tiap2 lirat terdapat gambar baginda.

"Duit ini datang dari Tuhan yg Maha Kaya. Saya sebagai hambanya memberikan duit ini kpd kamu kerana kebijaksanaan kamu mentadbir pendapatan dan kesungguhan kamu menunaikan tanggungjawab."

Peladang itu menerima duit tersebut dgn hormat dan penuh kesyukuran.

Saturday, June 11, 2011

bekerja utk orang ramai

Kaisar Anu Sharwan, seorg raja Parsi yg suka meninjau2 kampung2 di negerinya. Suatu hari, sedang baginda meronda ke sebuah kampung, baginda ternampak seorg tua sedang menanam pokok zaitun. Baginda kehairanan dan berfikir dlm hati. Mengapakah org tua itu menanam pokok zaitun, sedangkan usianya sudah lanjut? Sudah pasti dia tidak akan dapat merasa hasilnya.

Baginda mendekati org tua itu dan berkata," Hai org tua, bukan ini masanya kamu menanam pokok zaitun. Kerana pokok ini lambat besar dan lambat berbuah, sedangkan engkau sudah tua."

Org tua itu menjawab dgn tenang.

"Wahai raja yg mulia, sesungguhnya org2 tua kita dulu yang menanam pokok dan kita yang merasa buahnya. Jadi, patik tanam pokok ini untuk generasi akan datang."

Mendengar jawapan itu, Anu Sharwan memerintahkan pengiringnya utk memberikan org tua itu beberapa keping wang emas. Org tua itu menerima dgn wajah manis dan penuh hormat.

"Tuanku, lihatlah. Betapa cepat tanaman patik ini berbuah," kata org tua itu. Dia menunjukkan wang emas tersebut sambil tunduk dan bersopan.

"Berikan beberapa keping lagi,"titah baginda.

Diterimanya juga dgn gembira. Kemudian org tua berkata,"semua pokok berbuah setahun sekali, tetapi pokok yg patik baru tanam ini berbuah dua kali."

"Beri lagi!"titah baginda. Kemudian raja beredar dari situ. Kalau ditunggu lagi tidak cukup rasanya wang emas yg dibawa baginda utk dihadiahkan kpd org tua yg bijak itu.

Pengajaran cerita ini adalah, agar setiap org harus bekerja bukan utk kepentingan diri sendiri sahaja. Barulah negara akan maju dan berjaya.

***********************************************************************************

kemenangan itu beserta sabar. kelapangan itu beserta kepayahan dan sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan.
***** Al-Hadith

Friday, June 10, 2011

Ubi Kukus

3500 gm tepung gandum
900 gm gula
100 gm ubi parut
70 gm tepung ubi
70 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

-gaul semua bahan
-tuang ke dalam acuan
-kukus hingga masak

Thursday, June 9, 2011

Amalan Itu Adalah Harta

Seorang tua mempunyai sebidang tanah. Tanah itu diusahakan bersama-sama anak2nya. Tidak lama kemudian org tua itu jatuh sakit. Dia sempat mengumpulkan anak2nya utk berwasiat.

"Anak2 ku. Ayah rasa masa ayah sudah tiba. Ayah akan tinggalkan dunia ini selama-lamanya. Ayah tinggalkan kamu sebidang tanah. Di tanah itu ada tersimpan harta yg banyak. Bila ayah mati nanti, carilah harta itu. Semoga kamu semua dapat harta itu dan hidup bahagia."

Setelah org tua itu meninggal dunia, anak2nya mula ke kebun dan mencangkul tanah dgn harapan utk menjumpai harta yg terpendam. Mereka mencangkul dan menggali setiap inci tanah. kemudian mereka menanam berbagai2 pokok. Semakin hari tanaman mereka semakin subur dan membesar tetapi harta yg mereka cari tidak dapat ditemui.

Mereka mengeluh kepenatan. Sambil berehat mereka memandang ke arah pokok2 dan tanaman mereka yg subur itu.

"Abang rasa abang tahu apa maksud aruah ayah dulu," kata si abang. "Harta yg ayah maksudkan itu ialah apa yg kita usahakan setiapa hari. Kita cangkul, tanam dan sekarang tanaman kita akan mengeluarkan hasil."

"Jadi?" Sampuk si adik.

"Jadi hasil2 ini berpunca dari bumi. Semua ini tidak akan berhasil kalau kita tidak usahakan bersama-sama. Inilah yg ayah maksudkan harta."

Mereka semuanya faham maksud ayah mereka dan mengucapkan rasa hormat terhadap aruah ayah mereka itu. Si abang kemudian menulis "Amalan Itu Adalah Harta" dan di gantung di pintu rumah mereka.

************************************************************************************
Bangsa yg tidak percaya kepada kekuatan dirinya sendiri tidak akan dapat berdiri sebagai bangsa yang merdeka.
.....................................................................................................................................Sukarno

Harun Ar-Rashid

Pada suatu hari Khalifah Harun Ar-Rashid tiba ke Madinah, kota di mana Rasulullah dimakamkan. Ketika itu Imam Malik juga ada di sana. Beliau adalah seorang imam yg agung, terkenal dgn kitab hadith "Al -Mautta" hasil karangannya. Kitab itu turut diajar kpd orang ramai. Khalifah Harun Ar-Rashid tertarik utk turut belajar. Baginda menghantar seorang utusan menemui Ima Malik utk menyampaikan hasrat baginda itu.

Apabila utusan itu menerangkan maksud kedatangannya, Imam Malik menjawab,"sampaikan salam saya kpd Amirul-mu'minin dan sampaikan kpdnya; sesungguhnya ilmu itu dicari oleh org yg memerlukannya, bukan ilmu itu dtg mencarinya."

Pesanan itu disampaikan kpd Khalifah Harun Ar-Rashid.

Tidak lama kemudian Imam Malik berkunjung ke kediaman Amirul-mu'minin. Baginda terus bertanya," aku telah menghantar utusanku kpd engkau, mengapa kau engkar perintahku?"

Imam Malik menjawab dgn tenang. "Sebenarnya, patik mahu Amirul-mu'minin memuliakan ilmu dan mengagungkannya sehingga Allah meninggikan darjatnya."

Jawapan itu difahami oleh baginda. Lalu, baginda turun dari takhtanya dan berjalan bersama-sama Imam Malik menuju ke rumah beliau utk mempelajari kitab Al-Mautta. Setibanya di rumah Imam Malik, baginda duduk di atas sofa yg lembut.

Imam Malik memulakan bacaan kitabnya sambil berkata, "wahai Amirul-mu'minin, patik dapati semua ahli ilmu di negeri kami sangat memuliakan ilmu dan tawadhu' kepadanya."

Mendengar kata-kata Imam Malik, baginda pun turun dari sofa dan duduk di samping Imam Malik.

************************************************************************************

Harga seseorang adalah dgn ilmu pengetahuannya. ....................................Ali Ibnu Abi Talib.

Kemenangan dan kemuliaan itu tidak akan didapati kecuali dgn ilmu dan amal..............
Imam Ghazali

Wednesday, June 8, 2011

ilmu dan ibadah

Imam Ahmad bin Hambal sentiasa menghormati Imam Shafie radhiallahu'anhu. Beliau selalu menyebut dan memujinya kerana ilmu pengetahuan Imam Shafie terlalu luas dan mempunyai kelebihan yg tiada bandingan.

Imam Ahmad ada seorang anak perempuan. Disepanjang malam dia beribadah, manakala disiang hari dia berpuasa. Kegemarannya ialah mendengar cerita ttg org2 yg alim dan soleh. Beliau bercita2 ingin melihat wajah Imam Shafie yg selalu disebut oleh ayahnya.

Pada suatu hari, Imam Shafie hendak bermalam di rumah Imam Ahmad. Anak perempuannya sgt gembira kerana cita2nya utk melihat sendiri wajah Imam Shafie akan tercapai.

Malam itu, anak perempuannya berasa hairan kerana hanya Imam Ahmad sahaja yg bangun malam utk beribadah, sedangkan Imam Shafie terus tidur hingga ke waktu fajar. Dia segera bertanyakan ayahnya.

Ketika itu Imam Shafie datang kpd kedua beranak itu. Imam Ahmad bertanya,"Bagaimana malam tuan di rumah saya ini?"

Jawab Imam Shafie,"Saya tidak pernah bertemu malam yg seperti malam tadi kerana malam tadi terlalu baik. Saya telah mendapat keberkatan dan keuntungan."

"Bagaiman caranya, tuan?" Tanya Imam Ahmad ingin kepastian kerana beliau tidak faham kata2 Imam Shafie itu.

"Dimasa saya berbaring2 malam tadi, saya dapat menyusun seratus masalah agama untuk faedah umat Islam," Jawabnya tenang.

Kemudian Imam Shafie menunaikan solat Subuh dan bergegas keluar dari rumah Imam Ahmad utk menyempurnakan tugasnya terhadap umat Islam.

Imam Ahmad berkata kpd anaknya,"Begitulah amalan Imam Shafie malam tadi semasa dia tidur. Segalanya lebih baik daripada apa yg aku telah kerjakan."

************************************************************************************
Ilmu lebih baik dikaji dan disebarkan untuk amalan semua orang. Ia lebih baik daripada mengamalkannya seorang diri.

Tuesday, June 7, 2011

Bukan Ukuran

Dia seorang peladang yg kotor dan miskin. Pun begitu dia sgt cenderung menuntut ilmu. Orangnya pendek, memakai kasut yg bukan saiznya. Serbannya terlalu besar dan suka membawa tongkat yg berat ketika berjalan.

Tugasnya bekerja dan belajar. Prinsip hidupnya; pelajaran dan pekerjaan tidak boleh dipisahkan. Pakaian? Itu perkara biasa.

Pada suatu hari dia masuk ke dalam dewan peperiksaan untuk ujian lisan. Ramailah yg mengejek dan menyindir pakaiannya yg serba tidak sepadan itu. Dia tidak ambil peduli, sebaliknya menumpukan perhatian dan memfokuskan seluruh fikiran terhadap para pemeriksa. Dia mendengar setiap soalan dgn teliti walaupun soalan2 itu ditujukan kpd org lain.

Apabila tiba gilirannya, dia berjalan dgn penuh yakin, perlahan dan hormat. Bila sampai di hadapan barisan para pemeriksa, dia menundukkan kepala sebelum dibenarkan duduk. Tingkahlakunya itu menarik minat setiap org yg memandangnya, lebih2 lagi apabila dia berjaya menjawab semua soalan dngan baik dan sempurna. Setiap tutur katanya jelas dan dilontarkan penuh yakin. Para hadirin kagum dgn kecekapannya itu, yg menunjukkan ketinggian ilmu dan peribadinya. Akhirnya dia berjaya mendapat pujian dan markah tertinggi.

Orang2 lain yg mengejek dan menyindirnya tadi terasa malu dan mengakui kehebatannya. Fahamlah mereka bahawa kejayaan itu bukan diukur melalui pakaian atau susuk tubuh seseorg. Ilmu yg tinggi dan peribadi mulia adalah sebaik-baik neraca.

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah Taala melihat apa yg tersemat di dalam hati dan amalan kamu."

Monday, June 6, 2011

usaha tangga kejayaan

Seorang pelajar diberi tiga soalan oleh gurunya sebagai kerja rumah. Keesokan harinya, dia dtg ke kelas dan menyerahkan dua jawapan sahaja. Guru itu meminta jawpan ketiga tetapi pelajar itu hanya mendiamkan diri.

Guru bertanya sekiranya dia perlukan bantuan tetapi pelajar itu minta dilanjutkan tempoh menjawab kerana yakin dia boleh menjawabnya.

Pada hari kedua dia gagal lagi menghantar jawapan kepada soalan ketiga itu dan minta tangguh lagi.

Guru mmenawarkan diri utk menunjukkan jalan kerja tetapi pelajar itu menolak dgn baik dan memberi alasan bahawa dia boleh menjawabnya sendiri.

Pada hari ketiga, pelajar itu datang dengan wajah berseri-seri. Dia menyerahkan jawapan soalan ketiga dengan rasa puas kerana mampu menjawabnya sendiri. Apabila gurunya menyemak jawapan itu ternyata ianya tepat. Guru itu memuji pelajar tadi dan menggalakkannya utk mencuba lagi soalan2 yg lebih rumit. Nasihat guru diterima dgn baik dan pelajar itu berusaha sendiri sehingga berjaya.

Perkara susah menjadi senang,
Setelah dicuba berulang-ulang,
Takkan tercapai segala cita,
Jika kesabaran tiada di dada.

************************************************************************************
Belajar di waktu kecil laksana mengukir di atas batu, belajar sesudah dewasa laksana mengukir di atas air. Apapun situasi pembelajaran, usaha dan sabar harus jadi pegangan.