Tuesday, June 7, 2011

Bukan Ukuran

Dia seorang peladang yg kotor dan miskin. Pun begitu dia sgt cenderung menuntut ilmu. Orangnya pendek, memakai kasut yg bukan saiznya. Serbannya terlalu besar dan suka membawa tongkat yg berat ketika berjalan.

Tugasnya bekerja dan belajar. Prinsip hidupnya; pelajaran dan pekerjaan tidak boleh dipisahkan. Pakaian? Itu perkara biasa.

Pada suatu hari dia masuk ke dalam dewan peperiksaan untuk ujian lisan. Ramailah yg mengejek dan menyindir pakaiannya yg serba tidak sepadan itu. Dia tidak ambil peduli, sebaliknya menumpukan perhatian dan memfokuskan seluruh fikiran terhadap para pemeriksa. Dia mendengar setiap soalan dgn teliti walaupun soalan2 itu ditujukan kpd org lain.

Apabila tiba gilirannya, dia berjalan dgn penuh yakin, perlahan dan hormat. Bila sampai di hadapan barisan para pemeriksa, dia menundukkan kepala sebelum dibenarkan duduk. Tingkahlakunya itu menarik minat setiap org yg memandangnya, lebih2 lagi apabila dia berjaya menjawab semua soalan dngan baik dan sempurna. Setiap tutur katanya jelas dan dilontarkan penuh yakin. Para hadirin kagum dgn kecekapannya itu, yg menunjukkan ketinggian ilmu dan peribadinya. Akhirnya dia berjaya mendapat pujian dan markah tertinggi.

Orang2 lain yg mengejek dan menyindirnya tadi terasa malu dan mengakui kehebatannya. Fahamlah mereka bahawa kejayaan itu bukan diukur melalui pakaian atau susuk tubuh seseorg. Ilmu yg tinggi dan peribadi mulia adalah sebaik-baik neraca.

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah Taala melihat apa yg tersemat di dalam hati dan amalan kamu."

No comments: