Monday, June 20, 2011

Kaya dan Bahagia

Ada dua saudara pergi mengembara ke suatu tempat yg jauh.  Seorang berkebun manakala seorang lagi menuju ke puncak gunung mencari emas dan permata kerana baginya emas dan permata adalah amat berharga.  Setibanya di sana, dia pun mengumpulkan emas dan memenuhkan bakulnya.  Malangnya kehidupan di atas gunung itu amat derita kerana ketiadaan makanan dan minuman.  Bekalan makanannya pun sudah habis.  Yang tinggal hanyalah daun-daun dan kulit-kulit kayu.  Oleh kerana menderita kelaparan, dia pun turun semula utk mendapatkan saudaranya yg sedang berkebun itu.

Dari jauh, dia dapat melihat keadaan kebun yg menghampar seperti permaidani.  Gandum yg ditanam menguning dan di tengah kebun pula ada sebuah pondok kecil.

Apabila bertemu, dia pun menunjukkan emas dan permata yg dibawanya tadi.

"Lihatlah, betapa berharganya harta yg aku kumpulkan ini.  Tetapi aku sangat lapar.  Bolehkah kau berikan aku sedikit makanan?"

"Oh, jangan bimbang.  Aku akan beri kau makan tetapi syaratnya, kau beri aku emas mengikut kadar roti yg kau makan, setuju?"

Dia terdiam dan berfikir.  Hatinya amat berat utk menyerahkan emas yang berharga itu.  Tetapi oleh kerana kelaparan, beliau bersetuju.  Dia makan dgn gelojoh.  Hatinya gelisah kerana emas itu tiada ditangannya lagi.

Saudaranya itu faham dgn kegelisahannya, lalu dipulangksn semula emas itu kepadanya.

"Ambillah kembali emasmu ini.  Aku hanya mahu mengajar engkau.  Kebahagiaan itu  bukan datang disebabkan engkau mengumpul harta itu.  Tetapi kebahagiaan itu lahir apabila engkau sudah benar2 bersedia utk bekerja."

"Sebaik-baik harta dan rezeki adalah dari titik peluh kita sendiri,"katanya lagi. Sejak hari itu dia tidak lagi mahu ke puncak gunung sebaliknya dia ke kebun dan membantu saudaranya meluaskan lagi ladang gandum.

********************************************************************************

Peredaran masa itu ganjil.  Ada masa kita senang dan ada masa kita susah.  Oleh itu hadapinya dengan jiwa yg tenang, berani dan dada yg lapang.

                                                                                                                                         -Imam Shafie-





No comments: