Wednesday, June 29, 2011

Adab Yang Luhur dan Petunjuk Yang Baik

Al-Hassan dan Al-Hussin radiallahuanhuma adalah simbol ketinggian moral dan baik sangka.  Ini terbukti dlm satu peristiwa.

Ketika kedua-duanya berjalan-jalan di sebuah desa, mereka terpandang seorang lelaki yg sedang mengambil air sembahyang dlm keadaan yg tidak sempurna.  Lelaki itu membasuh sebahagian muka sahaja.  Dia tidak menyampaikan air ke seluruh anggota tangannya, manakala sebelah kakinya pula tidak berbasuh.

Timbullah rasa dihati mereka utk membetulkan kesalahan lelaki tersebut, tetapi lelaki itu lebih tua daripada mereka. Dikhuatiri beliau akan tersinggung dgn teguran mereka.

Hassan dan Hussin pun berfikir sejenak, mencari helah utk membetulkan kesalahan lelaki itu.  Akhirnya Hassan menghampiri lelaki tersebut sambil berkata,"Wahai saudara yg bijak, teman saya ini menganggap dia lebih pandai mengambil air sembahyang daripada saya.  Jadi, kami harap saudara dapat menyaksikan kami mengambil air sembahyang, siapakah yg lebih pandai dan lebih baik."

Kemudian kedua-duanya bergilir-gilir mengambil wudhu'.  Lelaki itu mendapati keduanya mengambil air sembahyang dgn baik dan teratur.  Sedarlah lelaki itu bahawa beliau telah melakukan kesilapan semasa mengambil wudhu'.  Lelaki itu berkata,"Terima kasih wahai saudara berdua. Aku baru sedar bahawa akulah yg tidak pandai berwudhu'.  Sekarang aku sudah tahu cara berwudhu' yg betul dgn sebab tunjuk ajar kamu berdua.  Silalah melihat aku berwudhu' sekali lagi."

********************************************************************************

Serulah ke jalan Tuhan kamu dgn hikmah dan tunjuk ajar yg baik dan berbincanglah dgn mereka dengan sesuatu yg lebih baik pula.

No comments: