Monday, June 13, 2011

balasan org yg berbakti

Suatu masa dahulu, Fedrek, seorang raja Parsi yg sangat pemurah. Tiap2 hari baginda berjalan di kota dan desa meninjau2 keadaan rakyatnya. kebetulan pada hari itu baginda sampai ke suatu kampung dan terpandang seorang peladang yg sedang bekerja dgn riangnya, seolah-olah tidak merasa penat.

Baginda bertanya,"Aku lihat kamu terlalu riang. Kamu tidak rasa letihkah? Ini ladang kamu sendirikah?"

Jawab peladang,"Tidak tuan, ini bukan ladang saya. Saya mengambil upah bekerja di sini."

"Berapa gaji kamu sehari?"

"Sepuluh gurus [satu ringgit]"

"Gajimu terlalu sedikit. Cukupkah utk keperluan kamu?"

"Cukup tuan. Malahan lebih," jawab peladang dgn lembut dan hormat.

"Macam mana boleh lebih?"

Peladang mengesat peluhnya dan menjawab,"Empat puluh sen utk saya dan isteri saya. Dua puluh sen utk bayar hutang lama, dua puluh sen utk dipinjamkan dan lagi dua puluh sen utk sabilillah."

Baginda kehairanan dan kurang faham penerangan peladang.

Peladang itu menerangkan lagi,"Kedua ibu bapa saya yg selama ini menanggung saya dari kecil telah uzur. Jadi saya menanggung mereka sekarang seperti saya membayar hutang lama. Tiap2 hari saya beri mereka dua puluh sen. Empat puluh sen utk saya dan isteri. Dua puluh sen saya belanjakan utk anak2 seperti saya beri pinjaman, dgn harapan mereka akan membantu saya apabila saya tua. Dua puluh sen lagi utk dua adik perempuan saya yg tidak berdaya bekerja. Inilah yg saya namakan sabilillah."

Setelah mendengar penerangan lanjut dari peladang, baginda memuji-muji kebaikan peladang itu. Sebelum beredar, baginda bertanya," Pernahkan kamu melihat saya?"

"Tidak tuan."

"Kamu akan melihat saya lima puluh kali dalam masa lima minit,"kata baginda sambil tersenyum.

Giliran peladang pula kehairanan kerana kurang faham.

Baginda mengeluarkan wang lima puluh lirat [ringgit]. Tiap2 lirat terdapat gambar baginda.

"Duit ini datang dari Tuhan yg Maha Kaya. Saya sebagai hambanya memberikan duit ini kpd kamu kerana kebijaksanaan kamu mentadbir pendapatan dan kesungguhan kamu menunaikan tanggungjawab."

Peladang itu menerima duit tersebut dgn hormat dan penuh kesyukuran.

No comments: