Wednesday, June 8, 2011

ilmu dan ibadah

Imam Ahmad bin Hambal sentiasa menghormati Imam Shafie radhiallahu'anhu. Beliau selalu menyebut dan memujinya kerana ilmu pengetahuan Imam Shafie terlalu luas dan mempunyai kelebihan yg tiada bandingan.

Imam Ahmad ada seorang anak perempuan. Disepanjang malam dia beribadah, manakala disiang hari dia berpuasa. Kegemarannya ialah mendengar cerita ttg org2 yg alim dan soleh. Beliau bercita2 ingin melihat wajah Imam Shafie yg selalu disebut oleh ayahnya.

Pada suatu hari, Imam Shafie hendak bermalam di rumah Imam Ahmad. Anak perempuannya sgt gembira kerana cita2nya utk melihat sendiri wajah Imam Shafie akan tercapai.

Malam itu, anak perempuannya berasa hairan kerana hanya Imam Ahmad sahaja yg bangun malam utk beribadah, sedangkan Imam Shafie terus tidur hingga ke waktu fajar. Dia segera bertanyakan ayahnya.

Ketika itu Imam Shafie datang kpd kedua beranak itu. Imam Ahmad bertanya,"Bagaimana malam tuan di rumah saya ini?"

Jawab Imam Shafie,"Saya tidak pernah bertemu malam yg seperti malam tadi kerana malam tadi terlalu baik. Saya telah mendapat keberkatan dan keuntungan."

"Bagaiman caranya, tuan?" Tanya Imam Ahmad ingin kepastian kerana beliau tidak faham kata2 Imam Shafie itu.

"Dimasa saya berbaring2 malam tadi, saya dapat menyusun seratus masalah agama untuk faedah umat Islam," Jawabnya tenang.

Kemudian Imam Shafie menunaikan solat Subuh dan bergegas keluar dari rumah Imam Ahmad utk menyempurnakan tugasnya terhadap umat Islam.

Imam Ahmad berkata kpd anaknya,"Begitulah amalan Imam Shafie malam tadi semasa dia tidur. Segalanya lebih baik daripada apa yg aku telah kerjakan."

************************************************************************************
Ilmu lebih baik dikaji dan disebarkan untuk amalan semua orang. Ia lebih baik daripada mengamalkannya seorang diri.

No comments: