Saturday, March 17, 2007

kek koko 1

Sumber: Kak Comel

1 buku butter
4 biji telur
1 3/4 cawan gula
2 1/2 cawan tepung
1 cawan air sejuk
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonat of soda
3/4 cawan koko
sedikit susu pekat

Cara:
Campurkan semua bahan. Pukul hingga rata dan kembang. Bakar hingga masak.

Tuesday, March 6, 2007

lagi resepi

Hari ini saya dapat lagi resepi utk kita sama2 cuba. Anda juga boleh layari:

http://resepi.mesra.net


1. Biskut Marie Bermilo
Kiriman: Haniza Ayob
Sumber: Kawan se asrama

Bahan-Bahan:
Biskut Marie, Milo secukup rasa, Coklat masakan
Kacang Tanah di goreng dan di tumbuk kasar

Cara:
Biskut marie di patah-patahkan dan disusun di atas dulang pembakar. Tuangkan milo dan coklat masakan yang telah di cairkan terlebih dahulu. Taburkan kacang tanah dan sejukkan di peti sejuk. Potong-potong ..Selamat mencuba

Cadangan Hidangan:
Di makan waktu petang


2. Cucur Ubi Rangup
Kiriman: syimah

Bahan-Bahan:
beberapa biji ubi di potong...
4 camca tepung beras
2 camca tepung jagung
1 camca tepung gandum
sedikit garam, sedikit air kapur ,1 biji telur dan sedikit air

Cara:
gaul ke 3 jenis tepung di atas sampai sebati... masukkan garam..telur...dan air kapur....jangan masukkan terlalu banyak kapur kerana ia menyebabkan adunan menjadi berwarna kuning..kemudian masukkan air....jgn masukkan terlalu banyak air.....ini menyebabkan adunan menjadi lembik.....kemudian celupkan ubi kedalam adunan....masukkan kedalam minyak....

Cadangan Hidangan:
.boleh di makan bersama gula.......boleh di buat sarapan dan hidangan petang....

mari belajar memasak

Ha, sapa yang minat masak tu; mari cuba resepi ni.

Ikan Garam Asam
[Hidangan untuk 5 orang]

Bahan-bahan
500 g ikan tenggiri, dipotong 5 keping
30 g (3 sudu makan) minyak sayuran
garam secukup rasa
10 g (10 biji) cili kering
100 g (10 biji) bawang merah
20 g (2 batang) serai
15 g (4 biji) buah keras dikisar bersama
5 g (1 sm) kunyit hidup
4 g (1 sm) lengkuas
5 g (1 sm) belacan
20 g asam jawa diramas dan ditapis
375 ml (1¾ cawan) air
8 g (1½ sudu teh) garam
20 g (2 batang) serai, dititik
2 biji tomato, dipotong 4

Cara memasak
*Perapkan ikan dengan garam.
*Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing.
*Masukkan serai yang dititik bersama air asam dan masak sehingga mendidih.
*Masukkan ikan dan garam secukup rasa. Biarkan rendidih sehingga isi ikan masak.
*Masukkan tomato. Biarkan sebentar. Tutup api.
*Berat satu hidangan: 300 g

belajar jangan jemu

jom kita belajar apa-apa. menjahit ke, memasak atau apa-apalah yang boleh menguntungkan. mana tau kita dapat sesuatu kemahiran dan boleh pulak digunapakai untuk menambah pendapatan.
apa kata anda? adakah usia itu penting untuk kita belajar sesuatu yang baru? saya pernah bertemu dengan seorang mak cik yang umurnya hampir 60 tahun, tapi mak cik tu gigih belajar menjahit!
open fo discussion.

Sunday, March 4, 2007

belajar lagi

usia bukan penghalang utk menimba ilmu. aku bertuah kerana dapat belajar membina bog sendiri hari ini.

belajar lagi

usia bukan penghalang utk menimba ilmu. aku bertuah kerana dapat belajar membina bog sendiri hari ini.