Monday, August 22, 2011

kisah kesempurnaan pekerti Rasulullah

1.  Kata Anas r.a.
          Saya telah menjadi khadam Rasulullah selama sepuluh tahun.  Baginda tidak pernah sekalipun berbahasa kasar atau menengking.  Baginda tidak mengata apa yg saya buat dan menegur apa yg saya tinggalkan.  Rasulullah amat memelihara budi pekerti dan tutur katanya dalam segala urusan, walaupun dgn khadamnya.

2.  Diceritakan
          pada suatu hari Rasulullah pergi musafir bersama2 sahabat2nya.  Baginda meminta para sahabatnya untuk memasak kambing.
         seorang sahabat berkata,"Ya Rasulullah, biar saya yg menyembelihnya."
         seorang sahabat lagi berkata,"Saya yg akan membuang kulitnya'"
        kemudian seorang lagi bersuara,"biar saya yg memasaknya "
         Sahut Rasulullah," saya yg akan mencari kayu apinya.

          mendengar kata2 Rasullah, para sahabat pun berkata,"tak payahlah tuan bersusah-susah.  biar kami saja yg uruskan semuanya."

         "Aku tahu," kata Rasulullah. "kamu semua boleh menyempurnakannya tetapi aku tidak mahu membezakan diriku dgn kamu semua kerana Allah membenci orang yg suka membeza2 dan mengasingkan diri."

Thursday, August 18, 2011

NABI MUHAMMAD YANG SEMPURNA

1.  Firman Tuhan , ertinya:  "dan sesungguhnya engkau [Muhammad] berada di atas budi pekerti yg agung"

2.  Hdis nabi s.a.w,
          2.1  " diutuskan aku bagi menyempurnakan kemuliaan budi pekerti.."
          2.2  "sesungguhnya org yg terpilih dpd kamu ialah org yg baik budi pekertinya."
          2.3  "org mukmin yg paling sempurna imannya ialah org yg paling elok akhlaknya."
          2.4  "sesungguhnya org yg beriman akan mendapat darjat org yg berpuasa dan beribadat di waktu
                   malam kerana kebaikan budi pekertinya."
          2.5   "kemuliaan akhlak adalah dari amalan ahli syurga"

3.  Doa nabi mengenai kebaikan akhlak:
                "Ya Allah, elokkanlah akhlakku sebagaimana Kau telah elokkan tubuh badanku  "

4.  Doa nabi supaya dijauhkan dr akhlak yg buruk:
               "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dgn Engkau dpd perbalahan dan bermuka2 dan buruk
                   perangai."


Saturday, August 13, 2011

cantik yg kekal

seorang budak masuk ke dalam bilik bersama-sama kakaknya.  Tempat yg paling mereka gemari ialah almari solek.  Kedua2nya menatap wajah masing2.  Si adik amat berbangga kerana wajahnya yg kacak dan menarik.  Dia sering tersenyum menatap waqjahnya sendiri.

Sikakak pula berwajah kusam dan berjerawat.  Banyak pula parut jerawat di wajahnya mengakibatkan ia kelihatan hodoh.  Sikakak menangis menatap wajahnya di cermin, kesal kerana tidak mempunyai wajah jelita yg boleh dibanggakan.


Sejurus kemudian, si ibu masuk ke bilik tersebut.  Terkejut ibu melihat seorang anaknya menangis dan seorang lagi sedang ketawa dan senyum sendirian.  Lalu si ibu menegur, "Hai anak lelakiku. Engkau ini salah kerana takbur dan bangga dgn wajahmu.  Ingatlah, kekacakan dan kecantikan tidak kekal lama."

"Anak gadisku, janganlah bersusah hati kerana wajahmu itu.  Ibu melihat kecantikan yg kekal yg lebih cantik dpd wajahmu dalam dirimu."

Gadis itu kurang faham kata2 ibunya.  Berkerut wajahnya sambil memandang ibunya.

"Budi bahasa.  Budi bahasa lebih indah dpd segala2nya.  Kalau engkau berbudi bahasa, engkau akan lebih cantik dpd org lain."

**********************************************************************************

"kecantikan wajah tidak bererti tanpa kecantikan budi .  Kecantikan budi adalah kecantikan abadi."

"Punca dosa ialah gopoh, punca hina ialah bakhil dan punca kemuliaan ialah belas kasihan"

                                                                                                               - Hukama -

Wednesday, August 10, 2011

cantik kerana budi

seorang pemuda dari suku Taiyi' berkunjung ke rumah Al-Ahnaf bin Kies.  Al-Ahnaf berasa pelik dgn ketampanan dan kekacakannya.  Dia pun bertanya, " wahai org muda, adakah engkau menghiaskan wajahmu dgn sesuatu?"

Pemuda itu menjawab dgn sopan,"Ya."

"Kalau aku bercakap tidak bohong, kalau ada org bercakap aku dengar, kalau berjanji akan aku tepati, dan kalau aku diberi amanah aku tidak mengkhianati."sambung pemuda itu lagi.

Maka kata Al-Ahnaf,"inilah kemuliaan adab dan budi bahasa yang amat baik."


**********************************************************************************

anak2 harus dididik utk menjadi umat-Nya yg baik, bersopan dan beriman...

Monday, August 8, 2011

MUHAMMAD INI BAPAMU

Di satu hari, baginda Rasulullah sedang dl perjalanan bertemu dgn bebrapa org kanak2 yg sedang bermain.  Baginda terpandang seorg kanak2 terasing dr kawan2nya.  Air mukanya nampak sedih.  Baginda menghampiri kanak2 itu dan bertanyakan masalahnya.

Budak itu menjawab,"Saya ini anak yatim.  Ibu sudah kahwin lain dan tiada siapa yg hiraukan saya. Sebab itulah saya sedih."

Setelah mendengar jawapan kanak2 itu, baginda bersabda, "Tak relakah engkau bahawa Muhammad ini bapamu dan 'Aisyah menjadi ibumu?  Fatimah pula menjadi saudaramu?"

Mendengar kata2 Rasulullah, budak tersenyum kegirangan.  Sejak itu budak itu menjadi anak angkat Rasulullah yg  amat bertuah kerana mendapat didikan terbaik baginda.

*************************************************************************************

Bukan yatim namanya jika tiada ayah dan ibu, tetapi yatim yg sebenar adalah tiada adab dan ilmu...

Friday, August 5, 2011

yang paling elok

orang yg paling elok budi pekertinya ialah Muhammad s.a.w..................pengakuan ini dibuat oleh Abu Bakar r.a...

Kata Saidina Abu Bakar kpda Rasulullah s.a.w, "saya telah menjelajah ke seluruh dunia Arab dan saya kenal org2 yg mempunyai budi pekerti dan tata tertib yg mulia..........tetapi, budi pekerti mereka tidak dpt mengatasi kemuliaan budi tuan..Ya Rasulullah, saya ingin tahu siapa yg mengajar tuan berkelakuan demikian?

Dengan senyum Rasulullah bersabda," Tuhan telah mengasah aku dan Dialah yg mengelokkan budi pekertiku."