Saturday, August 13, 2011

cantik yg kekal

seorang budak masuk ke dalam bilik bersama-sama kakaknya.  Tempat yg paling mereka gemari ialah almari solek.  Kedua2nya menatap wajah masing2.  Si adik amat berbangga kerana wajahnya yg kacak dan menarik.  Dia sering tersenyum menatap waqjahnya sendiri.

Sikakak pula berwajah kusam dan berjerawat.  Banyak pula parut jerawat di wajahnya mengakibatkan ia kelihatan hodoh.  Sikakak menangis menatap wajahnya di cermin, kesal kerana tidak mempunyai wajah jelita yg boleh dibanggakan.


Sejurus kemudian, si ibu masuk ke bilik tersebut.  Terkejut ibu melihat seorang anaknya menangis dan seorang lagi sedang ketawa dan senyum sendirian.  Lalu si ibu menegur, "Hai anak lelakiku. Engkau ini salah kerana takbur dan bangga dgn wajahmu.  Ingatlah, kekacakan dan kecantikan tidak kekal lama."

"Anak gadisku, janganlah bersusah hati kerana wajahmu itu.  Ibu melihat kecantikan yg kekal yg lebih cantik dpd wajahmu dalam dirimu."

Gadis itu kurang faham kata2 ibunya.  Berkerut wajahnya sambil memandang ibunya.

"Budi bahasa.  Budi bahasa lebih indah dpd segala2nya.  Kalau engkau berbudi bahasa, engkau akan lebih cantik dpd org lain."

**********************************************************************************

"kecantikan wajah tidak bererti tanpa kecantikan budi .  Kecantikan budi adalah kecantikan abadi."

"Punca dosa ialah gopoh, punca hina ialah bakhil dan punca kemuliaan ialah belas kasihan"

                                                                                                               - Hukama -

No comments: