Wednesday, September 14, 2011

kaum mana yg lebih utama

diriwayatkan dari At-Tabrani....dari Ka'ab bin Ujrah.....

kata Ka'ab: pada suatu hari kami duduk di dlm masjid...di hadapan Rasulullah...kami org2 Ansar di satu sudut, org2 Muhajirin di satu sudut, dan Bani Hashim di satu sudut yg lain....kami bertengkar dlm masalah, "siapa yg  lebih utama dan lebih kasih kpd Rasulullah?"

kami dr kaum Ansar berpendapat, kamilah yg lebih utama di sisi baginda ..kami lebih cinta kpd baginda kerana kami beriman kpdnya dan bersama-sama berjuang menentang musuh..

org2 Muhajirin pula menjawab, "kami yg berhijrah bersama2 baginda sehingga sanggup meninggalkan saudara-mara dan harta benda kami...kami sentiasa bersama2 baginda sebagaimana kamu jua....jadi, kamilah yg lebih utama dan lebih kasih kpd baginda."

Bani Hashim pula berpendapat,"Kmai ini keluarga Rasulullah...kami sentiasa bersama2 baginda di mana jua seperti juga kamu..oleh itu kamilah yg lebih utama dan lebih kasih kpd baginda.."

Rasulullah keluar dgn senyuman menemui kami semua.  Kata baginda, "Saya dengar kamu semua bertengkar tadi."

Kami semua menjawab,"Benar ya Rasulullah.."

Rasulullah membetulkan duduknya sambil bersabda,"Kamu org2 Ansar , Muhajirin dan Bani Hashim semuanya benar.  Org2 Ansar adalah saudara kami, org2 Muhajirin adalah dari kaum kami dan org2 Bani Hashim pula seketurunan dgn kami.  Jadi tiada perbezaan di antara kamu."

Mendengar ketegasan ini, kami semua reda dan gembira.


**********************************************************************************
     Hai anakku, jgnlah kamu berjln mendongak kepala dan menghentak2 kaki, kerana kamu tidak akan dpt membakar bumi dan tidak akan sama tinggi dgn gunung.

                                                                                               - Lokman  Al-Hakim -



No comments: