Friday, December 9, 2011

Cakap Sedikit Banyak Mendengar

Socrates selalu mengurangkan makan dan berpakaian kasar, sehingga ada seorang temannya yg menulis surat berbunyi:

Tuan menyangka setiap orang yg mementingkan rohani itu akan mendapat rahmat.  Tuan seorang yg pentingkan rohani tetapi tuan tidak menghormati roh kerana tuan kurangkan makan dan berpakaian yg kasar [murah] sahaja. Tuan juga seorang yg bakhil kepada diri sendiri, bukan sahaja dgn makanan tetapi juga bakhil untuk bercakap dgn org lain.

Socrates membalas surat itu:

Nmpaknya tuan mencela saya kerana saya berpakaian kasar.  Tidak mustahil seorang itu cintakan yg buruk, dan org yg sudah cantik itu tak perlu bersolek. Tuan juga marah kerana saya kurang makan.  Sebenarnya saya makan kerana mahu hidup, bukan saya hidup untuk makan. Ingatlah, Tuhan menjadikan satu mulut dan dua telinga.  Ini bermakna tuan mesti lebih banyak mendengar daripada bercakap.
Wassalam.

*************************************
Kemana aku pergi, ilmuku akan menemaniku.  Tempatnya didadaku, tidak perlu aku pikul.
-Imam Shafie -

Kebinasaan manusia adalah disebabkan dua perkara; membuat maksiat dan bersendirian dgn fikirannya.
-Abu Al-Kasim Hakim-

Bermusuh dengan org yg bijak itu lebih baik dpd bersahabat dgn org yg bodoh.
-Hukama'-

Air yg jernih jika dikacau akan menjadi keruh.
-Aristotle-

No comments: