Monday, December 19, 2011

Kahwinlah Kerana Kebenarannya

 
Seorang saudara kpd Bilal r.a telah jatuh hati kpd seorang gadis berbangsa Quraish.  Dia meminta Bilal meminang gadis itu untuknya.  Permintaan itu dipersetujui oleh Bilal, lalu Bilal pergi meminang gadis tersebut.

''Saudara2 telah maklum tentang saya," kata Bilal memulakan ucapannya.

"Kami ini golongan hamba yg telah dimerdekakan oleh Allah swt, kami ini dari golongan yg sesat kemudian kami mendapat petunjuk Allah swt.  Kami ini dari golongan fakir miskin lalu diberi kekayaan oleh Allah.."

Orang2 yg ada di dalam majlis tersebut menanti-nanti akan apa yg akan dikatakan lagi oleh Bilal. 

Lalu Bilal berkata lagi, "Kami datang membawa maksud untuk menyunting bunga di taman ini  kerana saudara saya telah tertarik hati kepadanya.  Kalau saudara2 bersetuju, Alhamdulillah, jika tidak Allah itu Maha Besar.  Allah maha tahu sekiranya saudara2 sekelian lebih mulia dan lebih terhormat dari saudara kami.  Tetapi saya percaya Allah itu Maha Agung dan Maha Mulia, Allah lebih terhormat dari segala-galanya.  Jadi kita ini sama sahaja."

Mendengar kata2 Bilal itu, pihak perempuan menjawab,"Kami kenal Bilal ini, baik dan mulia di sisi Rasulullah. Oleh itu nikahkanlah saudaramu itu dgn gadis itu."
 
Selesai majlis pertunangan, saudara Bilal berkata,"Allah ampunkan kamu. Kamu hanya menyebut masa lampau dan masa kita bersama Rasulullah dan tidak menyebut selain dari itu"

Bilal menjawab,"Ya, engkau benar.  Aku kahwinkan engkau kerana kebenaranmu."

**********************************************************************************
Buruk laku akan memburukkan amalan seperti cuka merosakkan madu.
Imam Ghazali

No comments: